Program Sukaneka Jalinan Penggerak Wilayah Kejora Kg.Semangar 2023

26 November 2023 | Aktiviti Terkini

Program Sukaneka Jalinan Penggerak Wilayah KEJORA Kg.Semangar 2023 ini berlangsung dengan sangat meriah. Program ini telah berlangsung di Balairaya Kg.Semangar Dalam dengan kerjasama KEJORA, JPKK Kg.Semangar dan juga PEDi Kg.Semanggar Dalam bermula dari jam 09.00 pagi hingga 11.30 pagi dengan kehadiran 38 orang peserta yang kebanyakannya dari kalangan komuniti sekitar.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan menjalinkan silaturahim antara penduduk Kg.Semanggar Dalam
Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dan mengharapkan lebih banyak aktiviti seperti ini diadakan bersama mereka kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali